Sains dan Teknologi adalah dua bidang yang pada hakikatnya berbeza. Sains merujuk kepada ilmu, Scientia, iaitu kajian terhadap ilmu, dan faham tentang fakta dan angka (empiris). Manakala teknologi pula berasal dari bahasa latin Techne yang bermaksud seni dan logos bermaksud kajian. Oleh itu teknologi merujuk kepada kajian seni atau ilmu seni. Hasil teknologi ditunjukkan dalam bentuk fizikal benda, yang mempunyai makna atau memberi makna. Hakikatnya sains dan teknologi berasal dari sejarah yang tersendiri. Iaitu di dalam perjalanan sejarah, kedua-dua bidang berkembang secara berasingan. Di mana, sains berkembang melalui pemerhatian, kajian dan rumusan yang menurut sains moden membina kosmologi hipotesis dan teori – teori tersendiri. Manakala teknologi sebenarnya telah melalui episod cuba-cuba (trial and error). Melalui episod cuba-cuba itu akhirnya teknologi yang kreatif dan inovatif dijelmakan. Pada hakikatnya sains dan teknologi bersifat sacral, suci dan mutlak. Tetapi sejak keperluan manusia mula meningkat dan kegiatan serta manipulasi ekonomi berkembang, teknologi dan sains dilihat mempunyai kredibiliti untuk memacu kegiatan-kegiatan ekonomi berkenaan. Natijahnya, revolusi industri yang berkembang di barat telah menggabungkan sains dan teknologi. Iaitu kegiatan pembangunan teknologi di dahulukan dengan teori dan hipotesis sains dan mengurangkan pendekataan episod cuba-cuba kepada idea kreatif dan manipulasi teori sains.
Justeru itu dalam konteks negeri Sabah dan Malaysia amnya, beberapa tokoh ilmuan tempatan mempunyai pendapat dan pandangan yang baik untuk disroroti. Menurut Khalijah Mohd Salleh (1995), dalam mana-mana masyarakat yang kaya dengan budaya sains dan teknologi, mereka akan terus mempunyai daya bangun dan daya maju khususnya dari segi intelektual, fizikal dan sosial. Beliau mendefinasikan Sains bermaksud ilmu, yang darinya manusia dapat memahami tentang dunia yang kita diami. Manakala aplikasinya, iaitu teknologi pula menjadikan ilmu yang difahami itu dapat menggunakan sumber dunia secara baik, bertanggungjawab dan efektif. Dalam konteks Malaysia, sains-teknologi di satukan dalam semua keadaan, baik dalam pembinaan polisi, merangka kurikulum dan dalam terma-terma perindustrian. Dalam konteks Malaysia dasar pendidikan sains-teknologi, diadun secara integral dalam dasar pendidikan kebangsaan sebagaimana terdapat dalam Rancangan Malaysia seawal – awalnya sejak Rancangan Malaysia ke-tiga (1976 – 1980). Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001) memberi panduan yang amat baik, apabila menjelaskan ilmu pengetahuan sains dan teknologi sekadar alat yang perlu diambil manfaat untuk tujuan pembangunan negara. Siddiq Fadil (1998) menyatakan dalam konteks umat Islam, tujuan pendidikan bukan sekadar melahirkan generasi saintis tetapi turut bertanggungjawab untuk membangunkan generasi ulu’l – albab iaitu para ilmuan yang memahami fenomena – fenomena, hukum dan makna yang terkandung dalam alam ini lalu menginsafi kebesaran, kekuasaan, hikmah dan rahmah Allah swt. Mohd Yusof Othman (1998) menyatakan sains dalam perspektif Sarjana Barat merupakan pengetahuan yang dapat diperoleh melalui pengalaman, perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan tentang sesuatu melalui kaedah – kaedah tertentu. Menurut Hassan Langgulung (1992), pendidikan dapat dilihat dari tiga segi, iaitu (1) dari sudut individu; (2) dari sudut masyarakat; dan (3) dari sudut individu dan masyarakat sekaligus, atau sebagai interaksi antara individu dan masyarakat. Dalam konteks pengajian tinggi sains, beliau menambah sekurang-kurangnya tiga fungsi dapat dijanakan iaitu transmisi ilmu, pengembangan ilmu – ilmu baru dan khidmat kepada masyarakat. Sistem pendidikan sains, penyelidikan dan pembangunan merupakan antara faktor utama pembinaan kekuatan sains-teknologi kebangsaan.
Pendidikan memerlukan perancangan. Pendidikan adalah wajib. Pendidikan walaupun berbeza dari satu negara ke satu negara tetapi hampir semua, bangsa dan negara mempunyai mempunyai matlamat yang sama. Pendidikan dalam konteks Malaysia yang berbilang suku dan kaum memerlukan suatu kebijaksanaan yang luar biasa. Pendidikan perlu diurus tadbir dengan baik dan berkesan. Pendidikan perlu bersifat dinamik berseuaian dengan perubahan zaman dan keperluan lingkungan. Pun begitu, perlu disedari terdapat unsur – unsur yang boleh berubah dan terdapat unsur – unsur dalam pendidikan yang tidak boleh diubah. Unsur – unsur yang mungkin sentiasa berubah ialah pendekatan, kaedah pengajaran, infrastruktur dan bahan – bahan pengajaran. Walaubagaimanapun peranan pendidik, tanggungjawab pihak berkuasa, penentuan matlamat akhir pendidikan pada hakikatnya adalah tetap sama tidak berubah. Kerana elemen – elemen ini merupakan tulang belakang dalam pembangunan sesebuah negara. Menurut Wan Mohd Noor Wan Daud (2001), mutu sebenar pembangunan sesuatu bangsa bergantung kepada mutu pembangunan diri perseorangan dan masyarakat bangsa tersebut serta kesan – kesan dan bekas – bekas yang ditinggalkannya pada masyarakat lain dan alam persekitarannya. Beliau menambah lagi, Pembangunan yang sebenar mengisyaratkan suatu kegiatan penting dan terancang yang menghasilkan kebaikan. Melahirkan manusia yang benar-benar beradab, berilmu dan berkepakaran.

No comments:
Post a Comment